KAJIAN TENTANG PERFECTIONISM DAN STAIL BERFIKIR PELAJAR MUSLIM PINTAR DAN BERBAKAT DI MALAYSIA v


v 
1.      IDENTITAS JURNAL

Nama Penulis             : Amnah Zanariah Abd. Razaki, Amirah Zainunii, Nur Fazidah         Asmujeiii &  Syazwani Md. Sallehaniv  
Judul                           : KAJIAN TENTANG PERFECTIONISM DAN STAIL BERFIKIR       PELAJAR MUSLIM PINTAR DAN BERBAKAT DI MALAYSIA 
Penerbit                       : Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia.
            Tahun Terbit                : 2017
             Volume                       : 6

2.      Abstrak
    Pelajar pintar berbakat adalah individu yang mempunyai daya intelektual yang tinggi dan mempunyai kecekapan dalam menyelesaikan masalah. Salah satu keunikan keperluan psikologi yang mereka miliki adalah sifat perfectionism (kesempurnaan melampau) serta mempunyai stail berfikir yang tersendiri. Pelajar-pelajar ini meletakkan standard yang tinggi  untuk dicapai di dalam hidup mereka.  Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap perfectionism, stail berfikir dominan dalam kalangan pelajar pintar berbakat muslim serta melihat kolerasi antara tahap perfectionism dan stail
berfikir. Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik Measure of Contruct Underlying Perfectionism (M-CUP) oleh Agnes Mariann Stairs (2009) untuk menilai tahap perfectionism dan  instrumen Sternberg – Wagner (1997) diterjemah dan diubahsuai oleh Ruslin Amir (2007) bagi mengukur stail berfikir pelajar. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan program SPSS versi 22. Berdasarkan hasil kajian tahap perfectionism, skor min bagi perfectionism bagi pelajar pintar berbakat ialah 195.03. Ini menunjukkan bahawa perfectionism dalam kalangan pelajar pintar berbakat dalam kajian ini berada pada tahap yang sederhana iaitu skor di antara 143 hingga 224. Bagi stail berfikir, sebanyak 13 stail berfikir iaitu legislatif, eksekutif, judisil, monarki, hiraki, oligarki, anarki, global, lokal, eksternal, internal, liberal dan konservatif. Stail berfikir dominan pelajar ialah stail berfikir eksekutif, judisil, monarki, oligarki, anarki, global, lokal, eksternal dan konservatif. Stail berfikir tidak dominan pelajar pula ialah stail berfikir legislatif, hiraki, internal dan liberal. Kajian juga mendapati tidak terdapat kolerasi atau hubungan yang signifikan antara perfectionism dengan stail berfikir dominan (eksekutif, judisil, monarki, oligarki, anarki, global, eksternal, konservatif dan lokal). Beberapa cadangan diutarakan untuk membantu memahami tahap perfectionism pelajar serta meningkatkan tahap stail berfikir pelajar dalam usaha melahirkan pelapis bakal cendekiawan Islam di masa akan datang. 

3.      Tujuan
   Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui seberapa besar kemampuan atau bakat siswa di Malasiya
4.      Metode Penelitian
Penelitian ini adalah penelitian kualitatif
5.      Hasil Penelitian
    Menurut pandangan Abu Yazid dan Aliza (2009) pelajar pintar berbakat mempunyai isu psikologi seperti terlalu sensitif, bekelakuan pelik dan mempunyai sikap yang unik.  Sebahagian daripada pelajar pintar cerdas beranggapan bahawa setiap apa yang mereka lakukan perlulah sempurna daripada setiap aspek. Anggapan mereka yang tidak realistik ini menyebabkan mereka mudah kecewa apabila mtlamat yang mereka harapkan tidak dapat dicapai.  Terdapat dalil dalam Al-Quran menyatakan bahawa manusia dianugerahkan berbagai kelebihan antaranya ialah kelebihan akal. Kelebihan-kelebihan tersebut tidak diberikan Allah kepada makhluk lain selain manusia dan telah pula menyebabkan
mereka memperoleh kemuliaan-Nya: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada bendabenda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan” (al-Quran. Al Isra‟: 70).  
    Namun demikian, kemulian manusia ada hubung kait dengan komitmen mereka menjaga kelebihan-kelebihan tersebut dengan cara menggunakannya secara optimal dan seimbang sesuai dengan kehendak  yang telah dirancang oleh Tuhan Pencipta.  Pintar berbakat ini secara jelasnya telah dikurniai dengan potensi kecerdasan pemikiran yang tinggi, yang membolehkan mereka mampu berfikir secara kritikal dan mendalami isu-isu kompleks secara mendalam (Chan 2003). Menurut Rorlinda (2014), pelajar pintar berbakat ini perlu disedarkan bahawa kurniaan pemikiran (IQ) yang tinggi merupakan anugerah yang perlu digilap dan diperkasa menerusi penglibatan dalam pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Maka, usaha mengenalpasti kriteriakriteria pelajar pintar berbakat muslim ini bermula daripada peringkat awal pendidikan agar proses pembinaan daya intelektual dan pembangunan sahsiah pelajar-pelajar ini bergerak selari dengan hasrat kementeriian pendidikan.   Pihak pengurusan pendidikan menerusi Unit Bimbingan dan Kaunseling khususnya perlu komited dalam menyediakan program-program intervensi bagi pelajar dan program tersebut perlu bermula dari peringkat awal kemasukan ke program pendidikan dan berterusan di sepanjang proses pendidikan berlangsung. 

6.      Kelebihan dan Kekurangan
    Adapun Kelebihan jurnal adalah kita dapat mengetahui seberapa banyak siswa di Malasiya yang mempunyai bakat dan kemampuan.
Adapun kekurangannya adalah tidak secara menyeluruh di secara menyeluruh di cantumkan nama – nama siswa yang berbakat.  

Perbandingan dari dua jurnal diatas adalah dari jurnal yang pertama sangat bagus karena disitu kita dapat mengetahui secara keseluruhan bakat dan kemampuan siswa di Malasiya, bukan hanya antara siswa tapi di berbagai negara pun dicantumkan dalam jurnal tersebut seperti negara Cina, India dll, jadi jurnal pertama sangatlah lengkap dan bagus,
Adapun jurnal yang kedua yang di bahas hanya lah siswa di Malasiya saja, di kita mengetahui seberapa banyak siswa yang mempunyai bakat dan juga kemampuan.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KAJIAN TENTANG PERFECTIONISM DAN STAIL BERFIKIR PELAJAR MUSLIM PINTAR DAN BERBAKAT DI MALAYSIA v"

Post a Comment