v
1. IDENTITAS
JURNAL
Nama
Penulis : Amnah Zanariah Abd.
Razaki, Amirah Zainunii, Nur Fazidah Asmujeiii & Syazwani Md. Sallehaniv
Judul
: KAJIAN
TENTANG PERFECTIONISM DAN STAIL BERFIKIR PELAJAR MUSLIM PINTAR DAN BERBAKAT DI
MALAYSIA
Tahun
Terbit : 2017
Volume
: 6
2. Abstrak
Pelajar pintar berbakat adalah individu
yang mempunyai daya intelektual yang tinggi dan mempunyai kecekapan dalam
menyelesaikan masalah. Salah satu keunikan keperluan psikologi yang mereka
miliki adalah sifat perfectionism (kesempurnaan melampau) serta mempunyai stail
berfikir yang tersendiri. Pelajar-pelajar ini meletakkan standard yang
tinggi untuk dicapai di dalam hidup
mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
tahap perfectionism, stail berfikir dominan dalam kalangan pelajar pintar
berbakat muslim serta melihat kolerasi antara tahap perfectionism dan stail
berfikir.
Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik Measure of Contruct Underlying
Perfectionism (M-CUP) oleh Agnes Mariann Stairs (2009) untuk menilai tahap
perfectionism dan instrumen Sternberg –
Wagner (1997) diterjemah dan diubahsuai oleh Ruslin Amir (2007) bagi mengukur
stail berfikir pelajar. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dan
inferensi menggunakan program SPSS versi 22. Berdasarkan hasil kajian tahap
perfectionism, skor min bagi perfectionism bagi pelajar pintar berbakat ialah
195.03. Ini menunjukkan bahawa perfectionism dalam kalangan pelajar pintar
berbakat dalam kajian ini berada pada tahap yang sederhana iaitu skor di antara
143 hingga 224. Bagi stail berfikir, sebanyak 13 stail berfikir iaitu
legislatif, eksekutif, judisil, monarki, hiraki, oligarki, anarki, global,
lokal, eksternal, internal, liberal dan konservatif. Stail berfikir dominan
pelajar ialah stail berfikir eksekutif, judisil, monarki, oligarki, anarki,
global, lokal, eksternal dan konservatif. Stail berfikir tidak dominan pelajar
pula ialah stail berfikir legislatif, hiraki, internal dan liberal. Kajian juga
mendapati tidak terdapat kolerasi atau hubungan yang signifikan antara
perfectionism dengan stail berfikir dominan (eksekutif, judisil, monarki,
oligarki, anarki, global, eksternal, konservatif dan lokal). Beberapa cadangan
diutarakan untuk membantu memahami tahap perfectionism pelajar serta
meningkatkan tahap stail berfikir pelajar dalam usaha melahirkan pelapis bakal
cendekiawan Islam di masa akan datang.
3. Tujuan
Tujuan dari penelitian ini adalah untuk
mengetahui seberapa besar kemampuan atau bakat siswa di Malasiya
4. Metode
Penelitian
Penelitian ini adalah penelitian
kualitatif
5. Hasil
Penelitian
Menurut pandangan Abu Yazid dan Aliza
(2009) pelajar pintar berbakat mempunyai isu psikologi seperti terlalu
sensitif, bekelakuan pelik dan mempunyai sikap yang unik. Sebahagian daripada pelajar pintar cerdas
beranggapan bahawa setiap apa yang mereka lakukan perlulah sempurna daripada
setiap aspek. Anggapan mereka yang tidak realistik ini menyebabkan mereka mudah
kecewa apabila mtlamat yang mereka harapkan tidak dapat dicapai. Terdapat dalil dalam Al-Quran menyatakan
bahawa manusia dianugerahkan berbagai kelebihan antaranya ialah kelebihan akal.
Kelebihan-kelebihan tersebut tidak diberikan Allah kepada makhluk lain selain
manusia dan telah pula menyebabkan
mereka
memperoleh kemuliaan-Nya: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak
Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat
dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada bendabenda
yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas
banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan” (al-Quran. Al Isra‟: 70).
Namun demikian, kemulian manusia ada hubung
kait dengan komitmen mereka menjaga kelebihan-kelebihan tersebut dengan cara
menggunakannya secara optimal dan seimbang sesuai dengan kehendak yang telah dirancang oleh Tuhan
Pencipta. Pintar berbakat ini secara
jelasnya telah dikurniai dengan potensi kecerdasan pemikiran yang tinggi, yang
membolehkan mereka mampu berfikir secara kritikal dan mendalami isu-isu
kompleks secara mendalam (Chan 2003). Menurut Rorlinda (2014), pelajar pintar
berbakat ini perlu disedarkan bahawa kurniaan pemikiran (IQ) yang tinggi
merupakan anugerah yang perlu digilap dan diperkasa menerusi penglibatan dalam
pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Maka, usaha mengenalpasti
kriteriakriteria pelajar pintar berbakat muslim ini bermula daripada peringkat
awal pendidikan agar proses pembinaan daya intelektual dan pembangunan sahsiah
pelajar-pelajar ini bergerak selari dengan hasrat kementeriian pendidikan. Pihak pengurusan pendidikan menerusi Unit
Bimbingan dan Kaunseling khususnya perlu komited dalam menyediakan
program-program intervensi bagi pelajar dan program tersebut perlu bermula dari
peringkat awal kemasukan ke program pendidikan dan berterusan di sepanjang
proses pendidikan berlangsung.
6. Kelebihan
dan Kekurangan
Adapun Kelebihan jurnal adalah kita dapat
mengetahui seberapa banyak siswa di Malasiya yang mempunyai bakat dan
kemampuan.
Adapun
kekurangannya adalah tidak secara menyeluruh di secara menyeluruh di cantumkan
nama – nama siswa yang berbakat.
Perbandingan
dari dua jurnal diatas adalah dari jurnal yang pertama sangat bagus karena
disitu kita dapat mengetahui secara keseluruhan bakat dan kemampuan siswa di
Malasiya, bukan hanya antara siswa tapi di berbagai negara pun dicantumkan
dalam jurnal tersebut seperti negara Cina, India dll, jadi jurnal pertama
sangatlah lengkap dan bagus,
Adapun
jurnal yang kedua yang di bahas hanya lah siswa di Malasiya saja, di kita
mengetahui seberapa banyak siswa yang mempunyai bakat dan juga kemampuan.
0 Response to "KAJIAN TENTANG PERFECTIONISM DAN STAIL BERFIKIR PELAJAR MUSLIM PINTAR DAN BERBAKAT DI MALAYSIA v"
Post a Comment